Monday, April 1, 2013


Sunday, March 31, 2013

MALAYSIA NEGARA BERDAULAT

Dengar cerita seorang pemain import dari kelab bolasepak ATM berminat untuk menjadi warganegara Malaysia...betul ke..? Tapi pada masa yang sama beliau mengatakan masih sayangkan negaranya sambil ketawa. Itulah jawapannya bila ditanya oleh seorang wartawan yang menganggap ia hanyalah gurauan.

Betul atau tidak bukanlah persoalan, yang penting cuba kita fikirkan kenapa orang luar berminat untuk jadi warganegara Malaysia. Mesti ada sesuatu yang menarik di negara ini. Kecewa sekali bila dengar ada rakyat Malaysia menjadi tali barut pengganas di Lahat Datu...sanggup menjual maruah negara semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

Banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang dahulu untuk mencapai kemerdekaan, tapi apa yang kita lakukan untuk mengekalkan kemerdekaan itu..? Perlukah lagi pengorbanan nyawa perwira untuk Malaysia..? Tepuk dada tanya selera..

MALAYSIA NEGARA BERDAULAT
saya mengajak semua rakan2 pertahankan kedaulatan ini dengan penulisan blog, laman sosial dan apa cara sekalipun.. jangan benarkan orang luar menghina, meceroboh dan menodai negara tercinta.

Wednesday, March 20, 2013

Najib + 11 = PRU13

Ramalan PRU13


20.3.2013 (Rabu)
20 – 3 – 2 – 0 – 1 – 3 = 11   
PM mohon perkenan DYMM YDP Agong tarikh PRU13

23.3.2013 (Sabtu)
11 Jamadilawal 1434   
Persiapan terakhir jentera BN seluruh Malaysia untuk perang PRU13

1.4.2013 (Isnin)
1 + 4 + 2 + 0 + 1 + 3 = 11   
PM mengumuman tarikh pembubaran Parlimen & tarikh Pilihan Raya

11.4.2013 (Khamis)   
Tarikh pembubaran Parlimen

21.4.2013 (Ahad)
21 – 4 – 2 – 0 – 1 – 3 = 11   
Tarikh Pilihan Raya ke 13 (11 hari dari tarikh pembubaran Parlimen)

22.4.2013 (Isnin)
11 Jamadilakhir 1434   
BN memerintah sekali lagi dengan kemenangan majority.





Huruf ‘K’ adalah huruf yang ke 11 dalam susunan abjad. Tumpuan PM pastinya terhadap 2 negeri dan 1 wilayah iaitu :-
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur (Parlimen Pantai Dalam)

Satu-satunya negeri mempunyai ejaan 11 huruf ialah PULAU PINANG yang pastinya menjadi medan perang PRU13 yang paling panas. Boleh diandaikan seperti “Ops Daulat 2” oleh BN.


tunggu dan lihat lebih baik daripada percayakan ramalan…apapun ramalan ini boleh dijadikan rujukan dan persediaan bagi parti-parti yang akan bertanding.