Monday, October 12, 2009

Tips - Diet….tapi semakin gemuk

Anda sedang berdiet tapi minggu ini anda turun sekilo, minggu depan berat badan anda naik dua kali ganda. Aduh, sakit hati bukan. Inilah yang meranapkan semangat anda untuk kurus. Mengapa situasi demkian terjadi? Tak lain tak bukan adalah kerana kesalahan anda dalam mengamalkan diet;

1. Lupa sarapan
Ini adalah kesalahan yang kerap dilakukan oleh mereka yang sedang berdiet. Pada fikiran mereka kalau tidak bersarapan, berat badan akan turun lebih cepat. Kenyataannya bila tidak bersarapan, anda lebih cenderung untuk makan lebih banyak di waktu tengah hari dan malam
Satu lagi kajian menyebut, orang yang tidak bersarapan lebih berisiko untuk mengidap sakit jantung. Anda tidak biasa sarapan? Apa kata mulakanya dengan sebuku roti coklat dan secawan susu atau the. Anda juga bole mengambil semangkuk bubur ayam atau sandwich tuna. Pastikan anda mengambil khasiat ang diperlukan oleh tubuh supaya bertenaga untuk melakukan aktiviti. Selain itu ia juga akan memastikan anda kenyang lebih lama dan tidak terpengaruh untuk mengambil makanan di antara waktu makan.

2. Minuman diet.
Keinginan untuk kurus menyebabkan ramai yang mengambil makanan atau minuman yang tertera label “diet”. Tapi tahukan anda beberapa minuman diet biasanya menggantikan gula dengan pemanis tiruan.
Dalam satu kajian, pemanis tiruan ii boleh mengganggu kiraan kalori semula jadi tubuh dan membingungkan sistem tubuh dan menyebabkan anda terasa ingin makan makanan yang manis-manis lebih dari biasa.
Daripada anda minum minuma diet adalah lebih elok anda meminm air mineral biasa (bukan air mineral yang mempunyai perasa buah). Jika ingikan rasa, pilih saja susu rendah lemak, the atau kopi dengan gula yang tidak berlebihan.

3. Snek rendah lemak
Biasanya ketika haid makin hampir, anda lebih cenderung untuk mengambil snek yang manis-manis walaupun sedar ketika itu anda sedang berdiet. Setelah makanan ringan yang diambil habis, barulah anda rasa bersalah atau menyesal.
Kalau inilah kesalah yang sering anda lakukan dalam berdiet, pastikan selepas ini anda memilih makanan ringan yang tidak menyebabkan pertambahan berat badan. Tapi jangan terpedaya dengan makanan ringan yang bertulis rendah lemak.
Makanan yang dikatakan dipanggang atau tidak digoreng tetapi mempunyai kandungan lemak didalamnya. Pastikan anda memilih makanan yang bilangan kalorinya di bawah 100 dan lebih elok mencari teman untuk berkongsi menghabiskannya Jika ingin lebih sihat, makan saja buah-buahan.

(Sumber : Mingguan Wanita, Ogos 2005)

No comments:

Post a Comment