Thursday, October 8, 2009

Tips Kesihatan - 10 Cara Mudah Bakar Kalori

Keinginan tetap langsing, atau Nampak lebih ramping dari ukuran badan normal, kadang-kadang membuatkan wanita ‘hilang akal’. Bermula dari melakukan diet ketat hingga pembedahan sedut lemak, semuanya sanggup dilakukan asalkan mendapat bentuk tubuh yang diidamkan.
Sebenarnya, ada cara yang tidak ‘menyusahkan’ agar badan tetap langsing. Kuncinya adalah disiplin. Tanpa disiplin, semua usaha yang anda lakukan akan sia-sia belaka. Mahu tahu 10 rahsia mudah bakar kalori?
Ikuti rahsianya :

1. Mendengar muzik kesukaan ternyata ‘mengeyangkan’. Menurut kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa mendengar muzik (aktiviti pada pusat deria rasa) sama halnya dengan menikmati makanan melalui mulut.

2. Jangan makan berlebihan ketika jamuan walaupun makanan dihidangkan lazat.

3. Minum teh hijau. Satu kajian yang telah dilakukan oleh University of Swtizerland berjaya membuktikan bahawa minum teh hijau meningkatkan jumlah kalori yang dibakar oleh tubuh. Cubalah minum secawan teh setiap hari.

4. Beri tumpuan pada apa yang anda makan. Jangan makan sambil menonton televisyen, membaca, belajar atau menjawab e-mel.

5. Cubalah menghabiskan 20 minit setiap hari untuk berjalan keluar dari rumah atau pejabat atau paling minimum berdiri di tepi jendela. Sinar matahari membantu mengendalikan nafsu makan.

6. Ketika membeli-belah, pesanlah makanan dengan bersaiz untuk kanak-kanak atau salad tanpa hidangan utama. Jangan lupa yogurt sebagai teman makan anda.

7. Gosoklah gigi dan lidah dengan ubat gigi terbaik yang pernah anda rasakan. Gunakan ubat kumur selepas menggosok gigi. Biasanya keinginan untuk mengambil kudapan akan hilang selepas menggosok gigi.

8. Pastikan jumlah makanan yang ada di hadapan anda. Ini bukan beerti anda harus menghabiskan semua hidangan di dalam piring anda. Jika anda berasa sudah kenyang, berhenti makan. Cubalah makan dengan piring yang lebih kecil. Lambat laun anda dapat menurunkan kalori dalam jangka panjang.

9. Elakkan makan ketika berada di tempat tidur atau ketika menonton televisyen. Makanan seharusnya diletakkan di dalam almari di sudut dapur.

10. Jangan memaksa diri sendiri. Memiliki tubuh idaman memang dambaan setiap orang, tapi memerlukan kesabaran.

(Sumber : Mingguan Wanita, Jun 2005)

No comments:

Post a Comment