Monday, October 12, 2009

Tips - Tidur Yang Berkualiti

Lingkaran hitam di bawah mata makin jelas, tubuh juga makin tidak bermaya. Itu semua adalah tanda yang cukup jelas menunjukkan anda tidak cukup tidur. Terjaga di tengah malam dan tidak boleh tidur lagi atau memang susah untuk melelapkan mata. Sukar tidur berkualiti? Berikut adalah cara yang bole digunakan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

Makan malam awal dalam kuantiti sederhana.
Menikmati makan larut malam atau supper mungkin penting bagi mereka yang banyak bekerja sebelah malam. Namun amalan makan larut malam sebenarnya sangat buruk untuk tidur anda. Untuk tidur yang lena dan berkualiti, anda perlu mengambil makan sekurang-kurangnya empat jam sebelum tidur untuk memberi peluang kepada pencernaan anda menyudahkan ‘kerja-kerjanya’.

Goda mata anda
Larut malam adalah masa untuk berehat, bukan untuk memetik gitar, membersihkan rumah atau bergayut di telefon. Cuba tetapkan dalam jadual anda bahawa waktu malam adalah masa untuk berehat atau tidur. Anda sebenarnya mahu mata anda terus mengantuk sebaik sahaja berbaring di katil dan menyentuh bantal. Tapi hal sebenarnya tidak selalu terjadi. Jadi cubalah membaca majalah, mendengar muzik yang perlahan atau bercakap dengan suami atau isteri anda. Juga jangan lupa minum air suam atau panas, tapi jangan minum kopi! Ini kerana kopi mengandungi kafein yang akan berada dalam darah selama hingga enam jam dan akan membuat anda tidak mengantuk sehingga tengah malam.

Lakukan yang baik untuk tubuh.
Minum susu sebelum tidur mungkin dianggap amalan yang kuno. Namun bagi memberikan nyenyak yang nyata, cubalah mengamalkannya. Ia juga akan membantu anda untuk melelapkan mata dengan cepat. Susu mengandungi triptofan, sejenis asid amino semula jadi yang membantu anda tidur.

Elakkan alkohol
Sibuk dan aktif di waktu siang hari akan membantu anda tidur lebih baik di malam hari. Anda akan cepat mengantuk kerana badan memerlukan tidur untuk mengembalikan tenaga dan membuatkan anda merasa segar pagi keesokanya.

Wujudkan bilik tidur yang selesa
Kajian menunjukkan suasana bilik tidur yang selesa dan menyenangkan memberikan ketenangan dan membantu anda tidur. Jadikan ruang tidur anda tempat yang menarik dan selesa dengan letakkan katil di depan jendela yang mempunyai pemandangan yang indah, meletakkan akuarium berisi ikan di sudut katil dan menyalakan lilin aroma terapi lavender yang memberikan ketenangan dan membantu anda mengantuk.

1 comment:

  1. tq untuk tips :)

    jemput ke blog saya http://voguevitamin.blogspot.com/

    ReplyDelete